Pembela.

ℹ️ MASYAALLAH.. SANG PEMBELA RASULULLAH AL MUSTOFA SAW MATI DI TALI GANTUNG.

Lebih kurang 6 Juta Kaum Muslimin Mengiringi Jenazah ‘Sang Pembela Nabi`. Beliau As Syarif Muhammad Mumtaz Husain Al Qodiri Rahimahullah, Seorang tentera Pakistan pengawal pengiring Hakim.

Sang Mujahid ini telah membunuh Hakim Wilayah Pinjab Negara Pakistan 10 tahun yg lalu bernama Salman Tatsir.

Kerana sang Hakim mencela dan menghina Rasulullah SAW secara terang-terangan didepan khalayak orang ramai dan para tentera.

Si hakim mengatakan bahwa undang-undang Pakistan yang menegaskan bahwa hukuman bagi orang yg menghina Rasulullah adalah hukuman mati merupakan undang-undang gelap harus diamandement, lalu hakim tersebut mencaci maki dan menghina baginda Rasulullah.

Spontan Muhammad Mumtaz Husin dengan berani gagah berdiri, membunuh sang Hakim dengan tembakan 40 peluru timah bertubi-tubi, kerana tidak rela Nabi Rasullullah dihina.

Setelah pembunuhan itu pemerintah Pakistan memenjarakannya dan menjatuhkan hukum gantung.

Eksekusi hukuman mati telah dilaksanakan hari Isnin bersamaan 20 Jumadal Ula 1437 H atau 29 Februari 2016.

Sang Pecinta Rasulullah ini dibawa dari tempat gantungannya dalam keadaan tersenyum. Subhanallah…!!! Kerana sebelumnya itu beliau sering bermimpi bertemu Rasulullah ketika didalam penjara.

Seramai 6 juta Ahli Sunnah Wal jam’ah shufiyah al asyairah wal maturidi dari segenap penjuru Pakistan berduyun-duyun telah menyolati jenazahnya beberapa hari.

Selamat bertemu Sang Kekasih di surga Ya Syahidal Isyqi Bi Rosulillah…! Sampaikan salam rinduku pada baginda al mustofa saw ya habibi..!

Salam Takziah..
Innalillahiwainnaillahirojiun..
Al Fatihah buat beliau..

ALLAH HUAKBAR..
ALLAHUAKHBAR..
ALLAHUAKHBAR..

#WaRisaNBaNGsa

Jual.

TANAH AIR YANG TERGADAI

.
Perjanjian Bangkok 1909…108 tahun dulu banyak Tanah Melayu terlepas kepada Siam.

Kelantan hilang Tak Bai, Kedah hilang Satun, Pulau Tarutao dan Wilayah Sadao, Perlis hilang Wilayah Pujo.

1965…..kita kehilangan Singapura.
2008…..kita kehilangan Pulau Batu Puteh
2011…..kita kehilangan Stesen KTM, Tanjong Pagar

Dan sekarang kita tidak hilang tanah kerana politik ataupun kerana perang…tapi kita jual.
Jual tanah sendiri ibaratkan kita menjual maruah bangsa kita.

Kita jual tanah TUDM Sg.Besi….
Kita jual tanah atas alasan pembangunan di Forest City… hak kekal.
Kita jual syarikat dan aset strategik negara kepada negara asing.

Kali ini kita dipaksa untuk menjual syarikat automotif nasional yang kita bangunkan daripada keringat dan darah anak bangsa kita…jual kepada bangsa asing… mungkin China.

Katanya kepentingan Proton di Tanjung Malim.
Dan untuk makluman Proton Tanjung Malim ada 1,500 ekar tanah di Proton City milik Proton.

Betullah kata orang…kita menumpang di tanah sendiri.

Teringat kisah saudara Palestinkita… walaupun ditawarkan cek kosong, untuk diisikan sendiri jumlah yang mereka mahu, tidak sekali tanah sekangkang kera mereka lepaskan kepada Israel.

Tapi kita…??

Tahukah..?

Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dengan hina. Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Katolik setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun. Dia tinggalkan istana dengan hati yang pilu. Dadanya sesak.

Sebaik sampai di sebuah bukit yang cukup tinggi, dari sana ia memandang Istana Al Hambra. Dia menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah kuyup dengan air mata. 

Melihat hal itu, ibunya berkata, “Menangislah! Menangislah seperti perempuan! Kerana kau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti laki-laki perkasa!”

Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia. Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan itu. Umat Islam di sana diberi pilihan; Masuk Kristian, dibunuh atau diusir.

Tahu apa penyebab jatuhnya Andalusia ?

1. Cinta dunia
2. Meninggalkan dakwah dan jihad
3. Bergelumang dengan perkara-perkara dosa
4. Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya
5. Jahil agama

Bayangkan jika negara kita nanti telah jatuh total ke tangan orang kafir, ketika itu barulah pemuda-pemuda Islam akan menangis… dan ibu2 mereka berkata,

“Menangislah seperti perempuan! engkau tidak menjaga negara ini sebagaimana seorang laki2 perkasa!”

Maka bersiaplah wahai pemuda Islam.
Pelajari baik-baik 5 faktor di atas. Ambillah iktibar. Jangan lagi leka dengan seronok dunia; game, lepak, FB yang sia-sia, suka buang masa tanpa aktiviti yang berguna, selesa dengan bantuan orang lain dan sebagainya… Faktor kejatuhan itu akan berulang & selalu sama.

Wahai ibu & ayah bendunglah anak-anak mudamu, bentuklah mereka, bantulah mereka menjadi muslim mukmin yang berguna.

Wahai ibu, wahai ayah, wahai anak-anak muda, Jika kamu tidak dapat menjadi garam yang dapat menjaga daging, jangan pula menjadi ulat yg merosakkannya.
Kalau kamu tidak dapat menjadi pejuang, jangan pula menjadi pengkhianat (penipu, pencuri, perasuah, pemecah amanah, penagih dan sebagainya)

Wallahul musta’an

#kongsi laa ya, saham akhirat… walaupun kita dah meninggal tapi orang2 lain share@ambil pengajaran dari kisah ni, kita tetap peroleh pahala.

Islam.

🚩 *Pelik Tetapi Benar*

Pelik juga.
Orang Perancis yang hina Nabi saw, tetapi orang Islam pula dipersalahkan.

Hairan juga.
Orang kafir Australia yang tembak 50 orang Islam di New Zealand, tetapi orang Islam pula dikata “terrorists”.

Aneh juga.
Orang Kristian Sabah melarang orang PAS bertapak di Sabah, tetapi orang PAS tidak pula melarang orang Kristian Sabah tinggal di Terengganu dan Kelantan.

Susah nak “brain” juga.
Apabila orang kafir kata ke orang Islam, mereka kata human right. Tetapi apabila orang Islam kata ke orang kafir, mereka kata rasis.

Orang pelarian Islam membawa Islam ke negara Eropah sebab orang kafir membawa peperangan ke negara orang Islam. Kalau tentera kafir tidak menyerang negara orang Islam, orang Islam mungkin tidak sampai ke Eropah. Sebab orang kafir yang mula dulu pergi ke negara Islam, maka orang Islam pun pergilah ke negara kafir pula.
Betul juga.

Orang Islam melawan orang Perancis sebab orang Perancis menghina Nabi saw. Kalau orang Perancis tidak menghina Nabi saw, mungkin orang Islam tidak membunuh orang Perancis. Sebab orang kafir yang mula dulu, maka pemuda Islam Chechen balaslah. Pemuda ini sanggup mati kerana sayang Nabi saw. Betullah seperti kata Michael Heart.

Michael Hart pengarang buku The 100 most influential people pernah ditegur orang Barat kenapa dia memilih Nabi Muhammad saw sebagai orang no 1? Beliau jawab: ….Millions of Muslims will not hesitate to sacrifice their lives over one word that would hurt their prophet. Is there one Christian willing to do that for Jesus? Lepas itu semua orang senyap.
Lojik juga.

Kesimpulannya, orang kafir sendiri yang cuba meletak label ganas pada Islam tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya keadilan Islam sehingga ramai orang barat nampak yang memulakan keganasan adalah orang kafir. Orang Islam hanya mempertahan ugama tetapi difitnah sebagai pengganas . Ini yang membuat orang Barat pelik dan tertarik untuk mendekati Islam dan akhirnya memelok Islam.

Sebab itu orang Barat semakin ramai masuk Islam sehinggakan Islam sekarang adalah ugama paling cepat berkembang. Yang peliknya, ada pula segelintir orang Islam Timur yang tergila-gila mahukan budaya Barat dan ugama Kristian.


Dr Muslim
Kuantan
30 Oktober 2020

#MampuCentre

Macron.

Kronologi ringkas berkenaan kempen boikot Perancis yang sedang melanda Dunia Arab dan Turki.

  1. Kes serangan ke atas pejabat Charlie Hebdo masuk untuk pendengaran kes di mahkamah.
  2. Untuk mengenang ulangtahun serangan tersebut, Charlie Hebdo sekali lagi menaikkan karikatur yang menggambarkan Nabi (bukan karikatur biasa tetapi digambarkan seorang lelaki berbogel sambil tertonggeng menunjukkan punggungnya).
  3. Gambar ini diletakkan pada kain rentang besar yang disangkut pada sebuah bangunan.
  4. Ia menjadi punca kemarahan, kecaman dan kritkan umat Islam.
  5. Presiden Macron mempertahankan tindakan itu atas dasar kebebasan bersuara.
  6. Seorang guru yang juga aktivis hak kebebasan bersuara di sebuah bandar di Perancis telah menunjukkan karikatur tersebut di dalam kelasnya.
  7. Ditanyakan siapa diantara murid beliau yang beragama Islam dan merasa terhina dengan karikatur tersebut. Jika ada yang merasa terhina, guru tersebut menyuruh mereka keluar kelas kerana tidak layak berada dalam kelasnya.
  8. Ibubapa kepada murid-murid Muslim tersebut telah membuat laporan polis dan laporan kepada pihak sekolah tetapi tidak diendahkan.
  9. 10 hari selepas berlaku kejadian dalam kelas itu, seorang remaja telah mengekori guru ini, menyembelih dan memenggal kepala beliau dan memuatnaik gambar tersebit di twitter
  10. Remaja tersebut ditembak mati oleh pihak polis setelah dikatakan enggan menyerah diri dan cuba menyerang pihak polis.
  11. Kematian guru tersebut telah diraikan Presiden Macron sebagai seorang wira negara dan telah menyelar tindakan ekstremis dan mengatakan Islam mempunyai masalah besar dalam ajarannya.
  12. Tindakan Macron yang dilihat sebagai tidak membendung kedua-dua tindakan ekstrimis (karikatur dan penyembelihan) dan hanya mengutamakan kejadian penyembelihan itu sebagai sesuatu yang tidak adil.
  13. Pengusaha-pengusaha pasaraya di Dunia Arab telah memulakan gerakan memboikot barangan Perancis dengan mengeluarkan produk mereka dari rak-rak kedai.
  14. Presiden Turki, Erdogan telah menyelar Macron dengan mengatakan Macron mempunyai masalah kesihatan mental.

Jadinya ini sedikit sebanyak kronologi peristiwa bagi mereka yang tak ikuti sangat apa jadi di Perancis sebab agak ‘absorbed’ dengan apa yang berlaku dalam negara kita sendiri.

Yang menjadikan isu lebih hangat sebenarnya adalah tindakan Perancis yang kuat menyelar akhbar dan kerajaan lain yang memberikan respons negatif terhadap Macron dan kerajaan Perancis macam yang kita dapat lihat dalam surat ni.

Rata-ratanya bertanya – “Kalau kau fikir menyelar Nabi junjungan kami tu sebagai ‘freedom of speech and expression’, apakehenya kau melompat macam beruk bila orang selar Presiden kau dan kerajaan kau?”

Kredit : Fb Mohamed Jamalee

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=791082041734611&id=100024984679403